jangan follow rapat sangat

Thursday, January 28, 2010

Beribadat tanpa susahkan orang

Perjalanan ke tempat keja yang mahunya meriah indah kini hancus. Murka sungguh aku ngan kerenah pelbagai watak mamat penyumbang pada ketidakstabilan perjalanan pagi. Hari hari yang sepatutnya harmoni, tulus dan suci bertukar sekelip mata, bagai 20 minit lagi karamnya Titanic.

Situasi 1:
Berlebai serban pepagi antar anak ke sekolah dah suatu ibadah. Dah baguih dah. Tapi konar bagi signel la bhai. Yang terkejut menghasilkan brek mengejut dan buatkan orang belakang terkejut lalu membrek secara mengejut dan menzahirkan sumpah seranah orang belakang dia yang terkejut pada orang depan dia yang tadi ni terkejut. Salah besar tu bhai menyusahkan orang kampung. Jangan ajaq aku cara maki orang, benda alah yang tak pernah aku buat. Lagi pun sumpah seranah orang pepagi ni tak baguih. Macamana nak masuk syurga!!

Situasi 2:
Pungut sampah tepi jalan, jaga kebersihan jalan anda, itu baik tu, suatu ibadah. Tapi takkan hang tenggeng lori melintang jalan time 7.20 pagi beb. Berkilometer beratur tunggu hangpa yang terhegeh hegeh tonggengkan tong sampah. Dah hari hari lagu tu, tak dak common sense ka sendiri nak ingat tukar collection time..!! Bangang ka hapa? Macamana nak berkat hidup bila dah tak reti nak jaga hati ummat Muhammad..?

Cuba ikhtiarkan satu cara beribadat tanpa menyusahkan orang lain...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...