jangan follow rapat sangat

Friday, January 29, 2010

Malam Jumaat

Masa di era lastik sangkut terjuntai kat tengkuk dulu, selalu gak aku dengar, malam ni malam Jumaat oi... aku selamba je. Tak terasa pulak nak pepura sipu sipu ka... senyum senyum tutup mulut ka... cheh...

Memang aku tak tau langsung, apa kebenda yang depa cuba bualkan. Bebudak zaman aku, langsung tak boleh melangut time orang tetua sembang. Nak kena jentik telinga, cuba la. Nak berair mata makan luku try la.

Bawah rumah aku dedulu ni ada dua meja kayu (pangkin) yang selalu dijadikan port dimana orang tetua melepak. Meja kayu berukuran 5.5 x 11 kaki dan berat 126 kgs setiap satu itu memang menjadi tumpuan muda mudi dan mak cik mak cik diwaktu petang. Siap ngan ada pesta menyicah sambal belacan buah pelam lagi kekadang tuh.

Kaum bapa yang kekononnya perasan sebagai bapa mithali kerap kalinya mengambil meja sebelah kanan yang jaraknya 2.5 kaki dari meja kiri dan berada 10 meter dari aras laut. Selain meja yang paling dekat dengan dapur, ianya juga strategik kerana berhadapan dengan laman rumah tempat dimana aku membuli kengkawan dan juga selalu kengkawan membuli aku.

"Hai... hari Jumaat saja basah rambut, basah rambut saja hari Jumaat"

"Hang kalut apa Li, awat kak Mah tak basah rambut ka?

"Bendera merah..."

Kah.. kah.. kah.. berderai ketawa tua...

"Aku pulak lain, sedar sedar katil sampai dapuq"

Kah.. kah.. kah.. ketawa tua lagi kuat..

"Hang tengok rumah aku, wayar letrik sampai la bergoyang tak berenti lagi..."

Kah.. kah.. kah.. ketawa tua lagi lagi kuat...

Sehingga sekarang meja tua tu masih kuat meniti zaman, walaupun tak lagi meriah dijadikan port mengumpat dan mengutuk orang, tapi ia kini menjadi sejarah, mercu tandanya kedewasaan aku. Apa taknya, di meja ini lah, aku belajar selok belok dan taktik terbaik mengumpat orang. Di meja ini lah jugak, aku "hands on"kan maki makian yang bombastik, kengkawan respek giler aku time tu... memang aku lebih dari diorang la...

Errr... salam Jumaat buat semua... daaa...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...