jangan follow rapat sangat

Monday, January 18, 2010

Banyak yang tak kena


Sapa yang tak sedih. Kehilangan anggota keluarga memasing memang satu tragedi la. Kalau kita tengok gambar ni, ada mak bapak yang naik pengusung dulu dari anak mereka setelah tahu nasib yang menimpa anggota keluarga mereka.

Kita pun tumpang simpati gak. Malah tindakan susulan yang memungkinkan depa ambil tindakan menyaman pihak sekolah selaku penganjur juga dilihat kena pada tempatnya. Apatah lagi setelah mengetahui pelbagai perkara yang tak kena dengan 'latihan maut' tersebut.

Aku pun ada gak anak yang tengah galak bersekolah. Semua ko-kurikulum dia nak pulun. Sebagai bapa, aku pun tak senang duduk gak bila terbaca berita berita camni. Berdoa sakan la kat Tuhan, minta biar dijauhkan bala petaka. Tapi, kita ni jenih kalut sat saja, terutama masa kes baru sangat jadinya. Banyak la kita ungkit macam macam. Itu tak betoi, ini dah salah. Tapi sebelum tu, senyap sunyi tak dak apa pun. Cuba benda malang ni tak terjadi, mungkin benda yang kita senaraikan tadi sebagai salah seolah olah dah dibolehkan.

Pelik dak. Memang pelik sungguh. Belajar dari pengalaman dan pemerhatian, sepatutnya setiap sesuatu tu ada senarai tatacara yang dibolehkan dan yang tak dibolehkan. Bukan saja disekolah sekolah, malah dimana mana juga. Do's and don't tadi ni hendaklah digunapakai secara menyeluruh tanpa pengecualian dan di'improve' dari semasa kesemasa. Kalau semua ikut betoi betoi, mungkin ayat dibawah ni tak timbui dah.


Tapi masyarakat Malaysia ni memang jenih pelupa, bukan Melayu saja. Apa bangsa pun kalau dah menetap diMalaysia, semua habih pi jadi kelaku hodoh ni. Dah terhantuk baru gelabah. Kalau tak terhantuk, semua tak dak apa, cantikkk saja. Lagi satu hangat hangat taik ayam. Buat sesuatu pun, depa kalut time memula buat saja. Lama kelamaan sengap, tak dak sapa dah yang nak follow up.

Muhyiddin pun mungkin dah terlupa gak kut nak pantau sebelum kejadian, tetiba ajak orang berhati hati.. depa dah tengah dok bersedih tu. Hancur luluh hati memasing. Takat nak habaq ke depa suruh berhati hati dilain kali, tak jadi laa...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...