jangan follow rapat sangat

Monday, January 18, 2010

Tahniah badminton

Lee Chong Wei telah buat pertama kalinya menggungguli badminton terbuka Korea semalam.


Lee Chong Wei (kanan) dan Peter-Gade Christensen selepas berakhirnya acara akhir lelaki perseorangan pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Korea Selatan, hari ini. Foto REUTERS

Aku tak berkenan la di tarok gelaran Datuk didepan nama dia ni. Bukan pasai layak ke tak layak, entah aku rasa geli nak sebut je. Korang nak bagi anugerah, bagi la tanpa gelaran. Tak boleh ka. Ahh.. nanti la kita sembang pasai ni dilain kali.

Posting kali ni aku nak bagi tabik kat badminton terutama sekali bila Lee Chong Wei dengan bergaya ditahun rimau 2010 ni telah meraih gelaran sulung musim ini pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Korea Selatan. Dia dengan semangat anak jantannya mengalahkan juara bertahan beb.

Juara lalu, Peter-Gade Christensen dari Denmark ditewas mudah straight set, 21-12, 21-11. Chong Wei juga merupakan pemain pertama negara meraih kejuaraan tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...