jangan follow rapat sangat

Saturday, March 13, 2010

Prebiu Man U vs Fulham

 
Manchester United di atas kemuncak prestasi. Tengah sengeh sampai lenguh setelah membenam AC Milan dalam kejohanan Eropah. Kini kembali bertemu tim kacau daun dalam Premier League Fulham di Old Trafford Ahad ni.

Nak harapkan Liverpool ngan Chelsea, sori la. Arsenal jauh sekali kalau boleh belasah AC Milan dengan agregat 7-2 tu. Kini Man U boleh la pasang angan angan menjadi kelab pertama menjuarai Champions League selama empat tahun berturut turut.

Ferguson pun tak berselera makan ngan Fulham ni. Badi dari kena belasah 3-0 di Craven Cottage pada Disember lepas pun tak habih lagi. Pak Cik Alex pun mengaku Roy Hodgson berjaya sebagai manager. Tapi besa la mat salleh ni, bodek tak habih habih, tapi uncle Alex ada bisik kat aku yang Fulham ni layak main wau tepi pantai saja.

Macamanapun Man U akan berdepan kelab yang penuh berdisiplin hasil bimbingan Roy Hodgson tuh. Depa dah kurangkan roti canai dan teh tarik sebagai menu utama. Jadi pertemuan Ahad ni bukan satu yang mudah buat United.

Lama dah tak tengok Ferdinand dan Vidic bersama dalam satu perlawanan. Kiranya United boleh kembang dada sikit Ahad ni, defen dah kemas. Puyuh pun payah nak lari lepas. Errr.. jangan lupa ngan bro Ryan Giggs yang mungkin turun sama.

Setelah tolak campur ngan lemak yang berlambak kat perut Rooney tu, aku letak Man U 2 - 0 Fulham dah la.... Old Trafford beb.... kalau kurang daripada tu aku kira kalah pun tak pa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...