jangan follow rapat sangat

Friday, March 12, 2010

Lompat lambung topi

Kemarin keputusan SPM dah terbit. Pelbagai warna kita nampak. Ada yang cerah bak mentari pagi. Ada yang mendung berhujan gerimis.

Aku sempat buang masa kesatu sekolah kawalan. Ya la, aku tengok ada pak guard dok mengawal. Ramai manusia dan bermacam ragam. Yang konfiden, ajak mak bapak sekali habuan peluk bila seronok. Ada yang terlebih konfiden, bawak kamera siap nak shot masa lompat lambung topi. Ada yang jalan tunjuk alim, kepit paha. Padahal dia lah musuh sekolah no satu tahun lepas.

Ada bermacam sekil depa pamerkan. Ada yang dapat slip terus raba henset call pak we. Biaq mak dirumah nganga pun tak pa. Ada juga yang dapat slip terus off henpon... hihi... Ada yang pegang slip, ushar sikit terus laju turun tak bertangga... tak sabaq nak lompat ramai ramai depan pagar sekolah.

Ingatlah, yang cemerlang kian bertambah, yang gemilang kian meningkat. Ini bermakna peluang ke IPT kian sengit bersaing. Begitu juga dengan peluang pekerjaan nanti. Kejayaan hari ni tak bermakna syurga hidup tanpa usaha keras yang berterusan. Kegagalan hari ni jugak tak bermakna kegagalan hidup sekiranya kerja keras jadi pegangan. Kurangkan sikit kartun animasi tuh...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...