jangan follow rapat sangat

Saturday, December 19, 2009

Pulangkan hak pada yang berhak

Pastinya habitat asal mereka telah dicerobohi, memaksa sumber makanan mereka jua terpinggir mendepani habitat manusia lantas memaksa dirinya menjengah ke alam manusia yang tak habis habis dengan sikap hairan dan tak pernah ambil tahu.

Lepaih tu pepandai pulak assign rumah baru kat dia..


SEEKOR ular sawa kira-kira enam meter panjang dan berat 150 kilogram berjaya ditangkap selepas reptilia itu menelan seekor rusa di ladang rusa berhampiran kawasan Istana Bukit Serene, Johor Bahru, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, tiga anggota bomba dari Balai Bomba Larkin bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat sebelum menemui ular sawa batik berkenaan yang sedang menelan separuh badan rusa terbabit. Jurucakap bomba berkata, pihaknya berjaya menangkap ular berkenaan selepas reptilia itu tidak mampu bergerak lagi sebelum dibawa ke Zoo Johor . - Foto NSTP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...