jangan follow rapat sangat

Sunday, November 1, 2009

Zambry dalam kenangan


Setiap kali adanya kenduri kahwin dikampung aku pasti teringat ngan kenalan aku yang sorang ni. Zambry atau Bri kucing ni cukup sinonim dengan kenduri kendara dikawasan tu.

Lima hari sebelum kenduri dia dah berpeluh ketiak, berselinsing lengan membanting tulang. Dimana nak basuh pinggan biar stratejik antara aliran air ngan mentara angkut kulit. Pelantar hidang pastikan tak becak, dekat ngan tempat memasak. Dapur masak tak leh dekat ngan tempat makan, mengganggu tamu. Tapak khemah anti becak, sejuk mata tamu ketika menjamu.

Segala permasaalahan tuan rumah berhubungan dengan orang yang berkepentingan sekitar kampung, yang bersangkut paut dengan kenduri, pasti di'setel'nya. Minta uruskan orang marhaban, nyatakan berapa kepala kita bajet. Pukul berapa selesa. Ringan tulangnya memang melegakan tekanan tuan rumah.

Pendekata apa saja, tanpa Bri pasti hilang seri. Dimana saja Bri ada, riuh rendah gelak tawa. Keletahnya yang lurus bendul, bersahaja memang menghiburkan. Dia bagai penyendal gusi para tukang masak yang kaki mengusik, bagai terlupa bulu roma hangus dik api. Menjadi pencerita mahir bagi pompuan pompuan membungkus telur didapur, masa berlalu tak disedari dengan Bri. Dia bagai badut bagi anak anak yang bersimpang siur didepan laman.

Kenangan itu diselak terlipat rapi dua tahun yang lalu. Rupa rupanya, lurus bendulnya memakan diri.

Kabar pilu yang aku terima amat memedihkan. Bri meninggal selepas sebulan bebas dari tahanan. Dia disyaki pengedar barangan haram. Pastinya aku ini bukan Bri yang aku kenal. Ianya komplot skinhead kampungan. Dirinya sugul sebaik bebas dari tahanan yang melayannya bagai ayam proses dimeja siangan.

Pagi ini aku dalam persiapan, menuju kampung memeriahkan suatu kenduri kahwin. Aku tertanya, bagaimana rasanya kenduri kahwin tanpa wajah ceria Bri kucing...

Moga rohnya dicucuri rahmat Yang Esa dan ditempatkan dikalangan roh roh beriman.. Al Fatihah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...