jangan follow rapat sangat

Thursday, November 26, 2009

Qurbani II

Dalam malas malas, aku singgah gak kedai Zam gunting rambut tadi petang. Dari jauh aku tengok berderet bebudak nunggu. Apahal la Zam ni, gunting rambutnya ada kualiti tapi repair kepala bebudak, murah murah pulak tu, dasar genetik Melayu, bila nak kaya kalu camni...

Radio FM merah rancak memuatkan lagu maikel jeksen. Mengilai bebudak separa matang, menghurung bangku usang ditepi kedainya. Ada yang terangguk angguk macam orang sasau. Mungkin dah tension tunggu giliran.

"Abang hensem nak gunting rambut ka?

Aku menoleh, dia tersengih bagai meminta penampar.
"Habih, hang ingat bro Zam tu tengah tebar roti canai ka?

Zam pandang aku beri isyarat giliran aku menadah kepala.

"Aikk... camni punya ramai hang tenyeh aku dulu?
"Yang ramai tu temankan saya jer bang" sambil budak tu turun mengibas ngibas baju Arsenal pasar malamnya..

"Lekaih la Saba, aku nak tutup dah ni, nak balik kampung..

Hmmm...
Selamat hari raya Aidiladha


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...