jangan follow rapat sangat

Saturday, October 10, 2009

Mempertahankan gagahnya

Dalam usia awal 50an, Pak Lang Sahak masih kelihatan gagah dan anggun.

Kerja berat baginya adalah rutin. Bersawah yang digeruni ramai, adalah masa santai buat Pak Lang. Mengetam dan menuai, umpama ulaman diwaktu santapan. Terima upah memukul padi disetiap musim menuai bagai satu kemestian, siap berkhidmat dilain wilayah lagi. Setakat memikul tiga, empat guni padi sambil meredah lumpur separas peha adalah biasa. Lintah dan pacat bagai mangli tak berbekas. Geli geleman tak main laa..

Berpanas pagi hingga kepetang sinonim dengan kehendak jiwanya. Menjala dan melukah ikan riadahnya. Sawah bendang, lurah dan denai bagai padang permainan istimewa baginya.

Rupa rupanya, kejantanan Pak Lang diintai orang. Kegagahan Pak Lang diidam janda.

Tapi sayang, kenyitan mata Kak Limah dibalas jelingan menyampah dari Pak Lang. Geli geleman dan amat meluat rasanya. Beberapa kali Mak Su Bedah orang suruhan Janda Limah nak dimakinya. Godaan janda Limah melalui bahasa tubuhnya malah melalui himpitan Mak Su Bedah juga tak meninggalkan bekas langsung dihati Pak Lang.

Hancur luluh dan musnah harapan Mak Su Bedah untuk mensensasikan isu ini seantero kampung. Mesyuarat wanita kampung nanti pasti tak meriah tanpa isu isu panas dan semasa. Harapan Mak Su Bedah dimusnahkan oleh geli gelemannya Pak Lang pada pompuan jenis gedik.

Pak Lang tak salah. Pak Lang Sahak cuma mempertahankan gagahnya dari dicemari.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...