jangan follow rapat sangat

Sunday, October 4, 2009

Berokband


Tahniah pada mereka2 yang berkenaan kerana berjaya menempatkan Malaysia di tangga ke-48 daripada 66 buah negara dari segi mutu perkhidmatan berokband.. oopps sori, ‘broadband’.

Aku pun tau, bukannya senang woi nak capai kedudukan tahap tercorot begitu. Sebantal ngan UAE, Filipina, Pakistan, Morocco, Vietnam dan Indonesia. Malaysia berjaya menduduki tempat tak terbilang itu hasil kajian yang dijalankan oleh Universiti Oxford dan ditaja oleh Cisco.

Cadangan aku dimasa depan, kalau nak dapat top ten, buat saja perbandingan ngan negara2 cam Afganistan, Western Sahara, Republic of Benin dan Somalia serta negara-negara Afrika yg sedang berperang dan dok sibuk cari susu tin.

Jadi lepas ni kalau dengaq penyedia perkhidmatan berokband.. oopps sori.. broadband dok ‘gempaq’ ngan iklan selak betis depa, tentang terhebatnya perkhidmatan mereka, pakat-pakat maki saja la. Bab iklan depa memang hebat. Mungkin berada dalam lingkungan 'top ten'.

Err, ada tak sesapa nak buat kajian mengenai tahap bekalan elektrik dan ayaq di 1Malaysia plak? Kalau dah ada team F1 sendiri, elektrik ngan ayaq mesti kemaih punya. Lebih lebih lagi kalau kita sendiri yang buat kajian, gerenti semua ok.. hihi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...