jangan follow rapat sangat

Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Gua insaf betoi tengok berita neh... [NGERI]

Padah potong kiri, penunggang motosikal maut digilis treler

Mangsa yang digilis di bahagian kepala maut di tempat kejadian.

RAWANG – Tindakan seorang penunggang motosikal memotong sebuah treler di bahagian kiri jalan membawa padah apabila dia maut dalam keadaan tragis dengan isi kepalanya terburai dilanggar kenderaan 18 tayar itu, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, warga Pakistan, Zulfiqar Ali dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah Rawang menghala ke Country Homes.

Sumber berkata, ketika berada di Jalan Sungai Dua berhadapan pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Rawang, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan cuba memotong sebuah treler jenis Nissan yang berada di depannya.

Katanya, tindakan mangsa memotong dari bahagian kiri itu berdepan detik malang apabila dia dikatakan terlanggar konkrit pembahagi bahu jalan.

Menurut sumber, akibat daripada itu, motosikal ditunggangi terbabas dan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.

“Mangsa yang bekerja sebagai penjual tudung tidak sempat bangun menyelamatkan diri menyebabkan kepalanya digilis oleh treler cuba dipotongnya sebelum itu.

“Isi kepala mangsa terburai dilenyek tayar bahagian belakang treler yang membawa muatan batu konkrit sebelum disahkan meninggal dunia serta merta,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler warga tempatan berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan memaklumkan memberhentikan kenderaan dipandunya sebaik merasakan tayar belakang terangkat.

Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati treler yang terbabit dengan kemalangan tidak mengalami sebarang kerosakan namun motosikal mangsa mempunyai kesan calar di bahagian kanan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di parah dikepala,” katanya lagi.
Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257.- SH


Wednesday, July 18, 2012

Bahaya woiiii....







Tu dia aihhhh woi.....bahaya tuuu...mujur mamat tu tak masuk lubang sama.....

Friday, November 5, 2010

Woiih... gayat laa...

Wallawoii... ni yang buat kecut perut nak naik kapalterbang nii...

Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 milik syarikat Qantas Airways dari Australia yang membawa 459 orang termasuk 26 krew mendarat cemas di sini semalam selepas sebuah enjinnya meletup menyebabkan bingkai enjinnya berkecai di udara.

459 orang ooo.....
Enjin meletup diudara ooii.....
Paling serius babitkan pesawat Airbus A380 ooiii...
Apa? baru tiga tahun sejarah penerbangan Airbus... ???

Wallawoiiii...

Monday, January 18, 2010

Banyak yang tak kena


Sapa yang tak sedih. Kehilangan anggota keluarga memasing memang satu tragedi la. Kalau kita tengok gambar ni, ada mak bapak yang naik pengusung dulu dari anak mereka setelah tahu nasib yang menimpa anggota keluarga mereka.

Kita pun tumpang simpati gak. Malah tindakan susulan yang memungkinkan depa ambil tindakan menyaman pihak sekolah selaku penganjur juga dilihat kena pada tempatnya. Apatah lagi setelah mengetahui pelbagai perkara yang tak kena dengan 'latihan maut' tersebut.

Aku pun ada gak anak yang tengah galak bersekolah. Semua ko-kurikulum dia nak pulun. Sebagai bapa, aku pun tak senang duduk gak bila terbaca berita berita camni. Berdoa sakan la kat Tuhan, minta biar dijauhkan bala petaka. Tapi, kita ni jenih kalut sat saja, terutama masa kes baru sangat jadinya. Banyak la kita ungkit macam macam. Itu tak betoi, ini dah salah. Tapi sebelum tu, senyap sunyi tak dak apa pun. Cuba benda malang ni tak terjadi, mungkin benda yang kita senaraikan tadi sebagai salah seolah olah dah dibolehkan.

Pelik dak. Memang pelik sungguh. Belajar dari pengalaman dan pemerhatian, sepatutnya setiap sesuatu tu ada senarai tatacara yang dibolehkan dan yang tak dibolehkan. Bukan saja disekolah sekolah, malah dimana mana juga. Do's and don't tadi ni hendaklah digunapakai secara menyeluruh tanpa pengecualian dan di'improve' dari semasa kesemasa. Kalau semua ikut betoi betoi, mungkin ayat dibawah ni tak timbui dah.


Tapi masyarakat Malaysia ni memang jenih pelupa, bukan Melayu saja. Apa bangsa pun kalau dah menetap diMalaysia, semua habih pi jadi kelaku hodoh ni. Dah terhantuk baru gelabah. Kalau tak terhantuk, semua tak dak apa, cantikkk saja. Lagi satu hangat hangat taik ayam. Buat sesuatu pun, depa kalut time memula buat saja. Lama kelamaan sengap, tak dak sapa dah yang nak follow up.

Muhyiddin pun mungkin dah terlupa gak kut nak pantau sebelum kejadian, tetiba ajak orang berhati hati.. depa dah tengah dok bersedih tu. Hancur luluh hati memasing. Takat nak habaq ke depa suruh berhati hati dilain kali, tak jadi laa...

Wednesday, December 30, 2009

Orang mati, bukan aku

Siapa besar dan kuat dia lah raja. Begitulah umpamanya diatas jalanraya.

Aku berbangga kerana aku besar dan gagah. Walau tiada pertabalan, tapi aku lah raja jalanraya. Setakat eksiden ngeri tuh, no hal punya. Yang mati tu anak orang, tolak anak aku, berjuta lagi anak orang. Anak orang berapa yang mati pun takkan habih punya... ngeeeee...


STILL KINGS OF THE ROAD...The drivers of the buses and the prime mover in the centre seem to have little concern as they hog the lanes on their way towards Kuala Lumpur from the North on the North South Expressway. This picture was taken by NST pixman Sairien Nafis from the Sungai Buloh overhead bridge

Tuesday, December 22, 2009

Keretapi

Tak payah bawa keretapi zaman sekarang ni, keta pikap besa pun tetiba boleh bertukar jadi keretapi... berhati hatilah...


KENDERAAN pacuan empat roda dan pikap terbakar selepas bertembung dalam kemalangan yang mengakibatkan dua mangsa rentung di Kilometer 14, Jalan Ranau-Telupid, kira-kira jam 10.15 pagi tadi. - Foto ihsan Studio Pesona

Monday, December 7, 2009

Pesan orang tua tua

Itu la, pesan orang tua tua kena dengar, jangan sesekali gatai shopping dalam kompleks ngan keta... kan dah kena. Memang konfom dah, keta tak leh naik tangga karan.. (escalator)


Seorang anggota bomba memeriksa sebuah kereta yang terjatuh dari tempat letak kereta ke tengah-tengah tangga bergerak di KB Mall, di Kota Bharu, Kelantan hari ini yang mengorbankan dua pengunjung pasar raya itu manakala seorang lagi parah. - Gambar HAFIZ JOHARI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...