jangan follow rapat sangat

Showing posts with label Alam sekitar. Show all posts
Showing posts with label Alam sekitar. Show all posts

Saturday, March 27, 2010

Jom kita sama sama

Jom kita sama sama sumbangkan sedikit kearah memperbetulkan apa yang telah kita jahanamkan dulunya.

HARI INI, tepat jam 8.30 malam...
Sama samalah kita mematikan segala jenis penggunaan alat eletrik selama sejam… Mungkin tidak kemana dan seberapa tapi sedikit sumbangan yang dapat kita buat sekurang kurangnya dapat memberi sedikit kesedaran kepada manusia manusia tentang betapa seriusnya situasi uzurnya bumi kita sekarang ini.

Ingat, HARI INI tepat jam 8.30 malam selama sejam, switch OFF the light please!!

Saturday, December 19, 2009

Pulangkan hak pada yang berhak

Pastinya habitat asal mereka telah dicerobohi, memaksa sumber makanan mereka jua terpinggir mendepani habitat manusia lantas memaksa dirinya menjengah ke alam manusia yang tak habis habis dengan sikap hairan dan tak pernah ambil tahu.

Lepaih tu pepandai pulak assign rumah baru kat dia..


SEEKOR ular sawa kira-kira enam meter panjang dan berat 150 kilogram berjaya ditangkap selepas reptilia itu menelan seekor rusa di ladang rusa berhampiran kawasan Istana Bukit Serene, Johor Bahru, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, tiga anggota bomba dari Balai Bomba Larkin bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat sebelum menemui ular sawa batik berkenaan yang sedang menelan separuh badan rusa terbabit. Jurucakap bomba berkata, pihaknya berjaya menangkap ular berkenaan selepas reptilia itu tidak mampu bergerak lagi sebelum dibawa ke Zoo Johor . - Foto NSTP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...