jangan follow rapat sangat

Tuesday, November 27, 2012

Pari Gergasi.....


BESAR...Jamal duduk di atas pari 200kg yang ditangkapnya, semalam.

MUKAH: Jeti perahu tambang di tebingan Mukah, di sini, menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menyaksikan seekor ikan pari gergasi seberat kira-kira 200 kilogram yang ditangkap seorang nelayan, semalam.

Lebih menarik perhatian, pari ditangkap Jamal Saini, 38, nelayan dari Kampung Litong itu dikatakan kudungkerana tidak mempunyai ekor.

Menurut Jamal, dia keluar ke laut bersendirian kira-kira jam 6 pagi menggunakan enjin sangkut 30 kuasa kuda dan mula memasang pukat tidak jauh dari pantai Kampung Penipah, di sini.

“Kira-kira jam 8 pagi, saya terkejut apabila mendapati pukat tiba-tiba disentap sesuatu objek besar menyebabkan bot saya nyaris tenggelam kerana dimasuki air.

“Saya gunakan pukat untuk menangkap udang dan pada mulanya saya menyangka mungkin ikan yu yang masuk ke dalam pukat,” katanya.

Mak aihhhhhh....besaqnya..
Siap boleh dok posing lagi kat atas ikan pari tu ha.ha....

Sapa yang qasa dia baik hati haqi ni,tolong lah sat ha.ha.....
Terima kasih...

http://ysmcdn.com/share/my/2431/2993354
http://ysmcdn.com/share/my/2446/2998604
http://ysmcdn.com/share/my/2448/2998606
http://ysmcdn.com/share/my/2435/2988865
http://ysmcdn.com/share/my/2343/2993350

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...