jangan follow rapat sangat

Saturday, November 24, 2012

Kerja Paling Bodoh...

ZENO (kiri) makan daging Storm manakala Storm makan daging rakannya itu di depan penonton di studio. - Harian Metro

Pelik tapi benar, itulah yang berlaku di London apabila satu program televisyen yang menyiarkan aksi rakan sesama rakan memakan daging rakannya sendiri yang mana dijangka akan menaikkan kemarahan pelbagai pihak.

STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya. - Hmetro

Dalam program tersebut, hos rancangan itu, Dennis Storm telah memakan daging kawannya sendiri, Valerio Zeno. Pada ketika itu mereka dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit. Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.

Menurut salah seorang hos itu, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bagi penulis, ini adalah sesuatu yang agak pelik untuk kita fikirkan dan mungkin tak patut kita fikirkan. Mungkin ini boleh terjadi jika dalam keadaan yang terdesak tetapi bukan untuk dijadikan dalam satu program televisyen.

Sumber : Hmetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...