jangan follow rapat sangat

Saturday, February 25, 2012

Saintis Jumpa Udang Gergasi Pelik..

Sekumpulan saintis telah menemui spesis udang yang tidak pernah dijumpai sebelum ini. Selain mempunyai saiz yang besar, udang ini juga seperti mempunyai sisik yang banyak.

Saintis Jumpa Udang Pelik Bersaiz Gergasi | Sekumpulan saintis telah berjaya menemui haiwan krustasia seperti udang gergasipada kedalaman tujuh kilometer (km) di perairan New Zealand dengan saiznya dianggarkan 10 kali ganda berbanding spesies berkaitan yang bersaiz normal, lapor agensi berita AFP. Haiwan laut dalam yang tergolong dalam kumpulan kategori amphipod itu ditemui ketika satu ekspedisi menuju keKermadec Trench, utara New Zealand oleh sekumpulan saintis dari University of Aberdeen dan Institut Penyelidikan Marin NIWA, Wellington.


Haiwan amphipod atau udang pelik itu biasanya membesar sehingga tiga sentimeter (sm).
Seorang penyelidik, Alan Jamieson dari University of Aberdeen nyata terkejut apabila terjumpa haiwan amphipod seperti udang yang bersaiz 28sm apabila dia mengosongkan perangkap di atas dek kapal penyelidikannya.

“Saya berhenti dan fikir apakah benda ini sambil melihat ke arah seekor amphipod atau udang pelik yang jauh lebih besar daripada yang pernah saya fikirkan. Ia seperti menjumpai lipas bersaiz satu kaki,” kata Jamieson.
Amphipod lain yang kelihatan seperti udang dan dapat dirakamkan dalam ekspedisi sama tetapi tidak ditangkap dianggarkan sepanjang 34sm.

“Penemuan ini membuktikan bahawa kita hanya tahu sedikit mengenai kehidupan di kawasan laut dalam New Zealand dan habitat yang unik,” jelas ketua saintis NIWA, Ashley Rowden.
Amphipod gergasi sebelum ini pernah sekali dijumpai pada tahun 1980-an.

Ia ditemui di Hawaii, kira-kira 7,000km ke arah utara. NIWA menyatakan ia masih belum menentukan hasil tangkapan itu adalah spesies baharu atau sebaliknya. Para saintis itu juga mengakui bahawa mereka tidak tahu kenapa hidupan laut dalam boleh membesar dengan begitu besar. – Agensi

1 comment:

Anonymous said...

There are SO many worst times that there too much to name. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry Mitzy Bags[/url] Landmark The Residency Gurgaon is offering a wide range of residences in varying range of sizes starting from 1350 sq. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose women parka[/url] Jcglbjwet
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora charm[/url] Toemljjkc [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose chilliwack[/url] psiktaqeu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...