jangan follow rapat sangat

Monday, November 14, 2011

Uji Otak Sat..



Untuk Orang Yang Ada Otak Sahaja!!

Hari ni gua nak tayang satu ujian yang sangat sangat mudah untuk hampa semua.. Hampa nampak gambaq pompuan kat atas??? Nak kata cun, tak nampak rupa pon.. Nak kata putih, putih la jugak.. Hahak..

Tapi bukan itu yang gua nak sampaikan, oke.. Kalau hampa tengok gambaq tu, gambaq tu dah dianimasikan agar pompuan tu kelihatan berpusing.. Jadi, di sini la bermulanya ujian untuk hampa.. Soalannya, arah manakah yang hampa nampak perempuanpompuan tu berpusing? Adakah:

1) Mengikut arah jam?

Atau...

2) Mengikut arah lawan jam?

Yang sebenaqnya gambaq ni direka untuk menyimpulkan anda ni lebih menggunakan otak kiri atau otak kanan.. Kalau anda nampak gambaq tu pusing ikut arah jam, maka anda dikelaskan sebagai manusia yang banyak menggunakan otak sebelah kanan. Kalau lawan jam, anda ni masuk dalam kelompok orang yang banyak guna otak sebelah kiri.

Secara ringkasnya, orang yang guna otak kiri ada ciri-ciri berikut: lebih kepada logik, perancang, suka matematik dan sains, suka pada keadaan yang selamat, cintakan ilmu, lebih kepada realiti, kepakaran dalam perkataan dan bahasa serta sukakan praktikal berbanding teori..

Bagi otak kanan pula: kuat berimiginasi, suka seni, berani ambik risiko, lebih kepada fantasi..

Dan kalau anda ni seorang yang mahir mengawal otak, anda boleh "tukar pandangan" terhadap gambar tu.. Maknanya, kejap anda nampak pusing ikut jam, pastu nampak arah lawan jam plak..

Gua dah cuba dah.. Gua boleh nampak dua-dua sekali oooh~ Hahaa..  Tapi yang mula-mula sekali, gua nampak pompuan tu berpusing ikut arah lawan jam.. Hahaa.. ^.^

SELAMAT MENCUBA!!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...