Keluar dari tempat kerja tadi, mood aku punya alim. Siap sempat tanya pak guard dah mandi ke belum. Memang dalam hati penuh taman la kerana ingat orang tersayang dirumah nu. Tak ingat langsung nak merempit dijalan sempit.
Setiba aku ke satu konar rothmans, aku dah perasan satu mamat wira biru gelap bernombor pelit WGQ xx6x menyacak kearah sisi kiri aku, enam kereta sekali henyak saja. Paling pantang aku dia ambik belah kiri. Nasib baik aku ada gak belajar ilmu silat sikit sikit dulu ni. Aku bagi signal kiri pura pura nak berenti kencing. Dia terhinggut hinggut brek maut... keh... keh... nasib baik tak maut.
Aku tau mamat ni dah merah telinga. Sambil senyum nipis aku teruskan perjalanan kearah taman baru yang usang disebelah lampu isyarat. Mamat ni dah mula tak tentu hala macam hilang agama. Aku tau dia dah nampak lori 1 tan aku macam keciiik saja.... berani mai la...
Terima kasih la kat kutu tu kerana buatkan perjalanan balik aku sebagai satu rekod hari ni... cepat 10 minit 33 saat dari kebiasaan... hihi...
No comments:
Post a Comment