jangan follow rapat sangat

Wednesday, March 10, 2010

Motivasi seorang ahli politik

Pengalaman banyak mengajar aku untuk lebih berjaya dalam hidup. Kita perlu tahu bagaimana menjana diri untuk lebih berjaya. Dan kejayaan diri bergantung sejauh mana yakinnya kita terhadap diri sendiri.

Sekiranya kita berjaya menyelesaikan satu tugasan kerja dengan cukup hebat dan bagus sekali bahkan dipuji ramai oleh parti bangsa bangsa maka itulah masa yang sesuai untuk kita beri penghargaan untuk diri sendiri. Luangkan sedikit masa, seketika cuma untuk melakukan hal ini.

Misalnya:
“Syabas, aku dah dapat selesaikan kerja melompat parti ini dengan bagus hari ini”. (Tujukan kata kata ini buat diri sendiri)

“Bagus, anda telah mengkhianati pengundi anda demi sekarung wang!” (Sambil mengangguk angguk tersenyum bangga dengan pencapaian diri sendiri)

“Wow! banyaknya duit aku dapat. Muka pun glamer masuk paper dengan hanya melompat parti!”. (Penghargaan buat diri sendiri)

“Syabas! baik sungguh stetment aku tadi. Aku rasa aku boleh buat ngan lebih bagus lagi kalau terpilih sebagai YB di lain kali” (Sambil menggosok hidung yang resdung)

Nampak saja kecil, tapi penghargaan-penghargaan sebegini memberi impak yang amat besar terutama bagi diri kita dalam menghadapi cercaan pengundi dan orang ramai nanti.

Inysallah, kita akan bertambah-tambah yakin jadinya dan tak malu untuk melakukannya lagi dilain masa...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...