jangan follow rapat sangat

Sunday, March 14, 2010

Jom Bahrain


Kawan aku sekoq ni punya sengeh sampai telinga. Nama dia akan jadi tumpuan dalam dua tiga hari ni. Bukan pasai lompat parti, dia ni parti tarpawer pun tak dak. Yang dia suka sangat tu pasai Formula one "Bahrain" dah bermula sepak pedalnya hari ni.

Peringkat kelayakan baru saja bermula dengan kehadiran juara tujuh kali Michael Schumacher, selepas tiga tahun kononnya bersara. Kalau dah darah merempit mengalir dalam tubuh, mana boleh dok senang tengok orang lain dok ciluk kiri. Orang hon telinga dah merah. Tapi dengan usia diperingkat beralih umur ni, Schumacher telah diperosok kepetak ketujuh dibelakang Sebastian Vettel dan Fernando Alonso.

Schumacher 41, memandu Mercedes yang mungkin lebih berat dengan dosa Petronas terhadap maki seranah rakyat Kelantan kot....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...