jangan follow rapat sangat

Friday, February 12, 2010

Tahniah Dato'

Suasana dewan yang sempit bertambah hanyir setelah berasak asak antara peminat dan wartawan. Hadirin yang melimpah ruah bagai dipukau, nganga dengan sabar menanti.

"Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah atas keberanian tuan tuan datang pada PC saya ni" mengangguk angguk lagak orang besar.

"Fuyooo... gaya Dato' duduk ni, selayaknya Ketua Majlis dan paling lekeh pun Timbalan KM lah" wartawan Utusan Meloya mencelah.

Makin lebar senyuman Dato'. Senyuman "orang kaya"nya bertambah manis. Dia bersandar santai, ditahannya nafas agar perut boyotnya terlindung disebalik tali leher lebarnya.

"Oppss.. maaf, saya serius disini" suasana bertukar diam, hormat sungguh mereka pada tokoh besar saiz badannya ini.

"Saya tegas dalam perjuangan membela bangsa saya, tujuan PC ini di panggil juga bertujuan melampiaskan hasrat saya yang berkobar kobar untuk bertukar angin" sambil memandang ke gambar Piem negara yang tersidai di dinding sambil mengangguk manja.

"Berdasarkan kenyataan balas dari pengundi dan rakyat jelata. Mereka berkehendakkan saya sebagai TKM sekurang kurangnya. Sekali lagi saya tegaskan, ini bukan kehendak saya, tapi kehendak pengundi kawasan saya. Hanya dengan jawatan TKM itu saja, mereka melihat saya sebagai efektif dalam melaksana tugas dan membela bangsa saya."

Kumis manisnya sengaja digerak gerakkan bagi membangkitkan rasa gerun dan gagah didepan kamera.

"Disebabkan kerajaan negeri gagal menawarkan jawatan itu, maka saya atas rasa tanggungjawab terhadap harapan penduduk dikawasan saya dengan ini mengumumkan keluar, bukan melompat yer.., keluar dari Parti Kedai Runcit serta merta." bercahaya muka Dato'

Dia tersenyum puas. Tangan kirinya yang pendek sengaja diangkat keatas. Biar press tengok jam rolex peshen terkini punyaannya.

"Ada apa soalan disana?

"Err.. Dato', saya Manja dari akhbar online Malaysians Indonesians."

"Ya, silakan" yakin sambil mengunjukkan tangan kanan kedepan.

"Apakah dengan apa yang ada sekarang perjuangan Dato' kurang berkesan?

"Kita berjawatan tapi dikongkong, tiada kebebasan bersuara"

"Tapi jawatan dan kemenangan Dato' pada pilihanraya lalu atas Parti Kedai Runcit kan? Tidakkah ini membuatkan Dato' mengkhianati pengundi?

"Saudara, ini kemahuan pengundi kawasan saya, kemahuan rakyat jelata, bukan kemahuan saya"

"Jika benar pengundi yang mahukan wakil berjawatan TKM, Dato' tetap tak dapat jawatan TKM tersebut selepas keluar parti"

Dato' terdiam.

"Dato' perlu melepaskan kerusi yang Dato' duduki sekarang kerana kegagalan Dato' merebut jawatan TKM. Seperti kata Dato', pengundi hanya mahu wakil berjawatan TKM saja kan"

Dato' menepuk dahi kerana tersilap alasan.

"Dato', tolonglah jangan mencipta alasan semata mata nak lari dari masaalah peribadi Dato', rakyat tidak terlalu bodoh untuk mengemis diluar batas"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...