jangan follow rapat sangat

Tuesday, February 23, 2010

Suka Malaysia yang suka

Aku suka Malaysia yang suka suka...

Aku suka Malaysia yang suka suka memperkenalkan mekanisme baru harga minyak. Insyaallah, jika tiada aral menentang, orang ramai termasuk ahli politik dan pembenci politik akan menikmati mekanisme baru ini pada pertengahan bulan Mac nanti. Bukan kenaikan harga, ingat... ia adalah mekanisme baru harga minyak. Insyaallah dengan mekanisme baru harga minyak ini akan meningkatkan lagi pendapatan tokey tokey yang telah kaya demi memastikan yang miskin papa kedana.

Aku suka Malaysia yang suka suka mengkaji kadar tarif elektrik untuk orang ramai. Kita amat berharap kenaikan kadar bayaran untuk elektrik ni akan menguntungkan syarikat pengendali tenaga elektrik tunggal negara ini. Insyaallah kenaikan yang tak membebankan ini juga akan menajana lebih kekayaan tokey tokey yang telah kaya demi memastikan yang miskin papa kedana.

Aku suka Malaysia yang suka suka memperkenalkan kotak ikan (KIBFG) insyaallah juga pada 1 Mac nanti. Sekaligus bakal melonjakkan harga ikan di pasaran kita. Baguih la, dengan pengenalan kotak ikan ini maka ia juga bakal mengayakan tokey tokey yang telah kaya demi memastikan yang miskin papa kedana.

Aku suka Malaysia yang suka suka juga akan beramai ramai mendodoi rakyat marhaen lagi pada pilihanraya umum ke 13 nanti....

Aku suka Malaysia yang suka suka buat negara ni macam mak bapak depa yang punya....

1 comment:

Rahimin Idris said...

aku suka entri ni. sinis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...