jangan follow rapat sangat

Monday, February 1, 2010

Menguap


Hodohnya menguap tak tutup mulut.

Menguap ni tak diundang. Kalau sesaja nak buat kelaku menguap ni, nampak tak menarik dan hodoh. Bagaimanapun, sebagai penganut Islam, menguap pun ada tertibnya. Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Kalau ikut Islam, menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Jangan gelak tengok orang menguap. Sebab gelak kita akan seiring ngan syaitan gelak. Nanti tak tau nak beza mana syaitan dan mana kita.

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.)" Riwayat Imam Muslim.

Lagipun, menutup mulut tu nampak manis dan bersopan gak.

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Memang hodoh la dengan menguap campur ngan bunyi bunyian hodoh terbit dari rasa malas yang teramat tuh. Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
  1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
  2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
  3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
  4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".
  5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...