jangan follow rapat sangat

Tuesday, February 16, 2010

Kenduri kahwin

Cuti raya cina pun tak senang duduk rumah, tak dan nak rehat santai ngan bantai. Ada saja kerja nak buat. Ari ni raya kedua. Selain dari hari Isnin, hari ni harinya kenduri sorang saudara aku di Kedah.

Nak elak dari beratur sampai 2 lorong masa berebut nasi kenduri, aku gunakan kewarasan akal aku dengan bertolak agak lambat dan sampai 1 jam setengah lagi ke pukul 5 petang. Punya jauh rumah dia, perut sampai leper. Punya letih macam rasa nak meniarap. Nasib baik kecekapan aku masa jadi co pilot kemel teropi dulu menghalang aku dari sesat. Nasib aku baik jugak, bukan semua orang tau, bunga manggar ditiap simpang tu tanda jalan ke rumah kenduri.

Mak aiihh... kereta penuh kiri kanan lorong, ada yang otak singkat parking kereta macam budak budak tadika estet Lunas. Aku parking tempat baik, tayar depan kanan aku park betoi betoi atas pokok serai jiran sebelah. Padan muka, sapa suruh tanam serai tepi jalan dah tau nak kenduri ari ni.

Dari jauh aku tengok muka tuan rumah berseri seri. Dia boleh agak punya dari langkah aku bagai saudagar kain ni. Sampul tak kosong macam banyak orang buat. Dengan dua ringgit dalam sampul ni memang cukup cukup RM 2,522 hari ni pendapatan dia.

Aku bersalam kemas. Sampul dua ringgit aku direnggut sopan, nasib aku baik kukunya dikerat pagi tadi agaknya. Aku angguk tanda terima kasihnya aku terima.

Tapi, letih digoyang kereta belum lagi reda. Aku bagai nak pitam dengar berita alah ni. Tak tau nak maki dia bahasa apa bila dia kata nasi ngan ayam goreng habis langsung.

1 comment:

Obi Wan Kenobi said...

helo,jom join n visit blog komuniti bola sepak ni di http://fantasifutbol.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...