jangan follow rapat sangat

Thursday, February 25, 2010

Gembira berpada pada

Suatu pagi, 12 Rabiul Awal suatu ketika dahulu...

"Ambikkan kopiah ayah, Saba"

"Orait..." kopiah peshen Tunku Abdul Rahman tu tegas aku hulurkan. Aku kenakan songkok hitam turun kaler yang baru seterika tadi.

Lebih 22 minit aku spend kilatkan kasut PVC aku. Kasut raya lepas macam baru beli, berkilau. Si Tipah jiran sebelah hanya menggigit jari rugi teramat kerana tak dapat ikut disisi aku. Bergaya betoi aku, rasa macam menteri melawat felda pun ada.

"Ingat Saba, nawaitu melakukan sesuatu itu penting di iring dan sertakan dengan amalan" ayah mulakan khutbah boringnya tika beriringan ke surau.

"Amalan yang selaras dengan nawaitu akan mengelakkan buruk sangka. Sebab itu hati kena bersih bagi menzahirkan nawaitu yang ikhlas" kali pertama dalam hidup aku terasa surau kampung aku jauh sangat.

"Maulidur Rasul ini hari dimana kita menzahirkan kegembiraan dalam memperingati kekasih Allah s.w.t. Bukan pesta hari jadi tempat kita pertonton kecantikan diri. Ingat Saba, riak, takbur, ego dan sombong adalah pakaian Tuhan. Pakaian itu dipinjamkan sementara sebelum dikembalikan" air mata aku mula bergenang. 1 jam 12 minit aku siapkan diri kini langsung tak dihargai.

****************************************

Selamat menzahirkan kegembiraan kita di hari Maulidur Rasul ini... tanpa memalingkan kita dari mengingati Allah s.w.t

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...