jangan follow rapat sangat

Sunday, December 13, 2009

Memula asalnya kursus BTN


Memula aku jejakkan kaki kanan aku kealam remaja jika tak silap aku pada hari Selasa 18 haribulan March, tahun aku dah lupa dah. Rasa sedih sangat, sayu.

Stori aku kali ni nak singkap balik apasal aku sayu sangat tinggalkan alam bebudak aku, takkan tak gembira langsung dapat pakai gel dalam tin cap nyonya segak tuh.

Dalam grup kita ngaji qur'an dulu, aku boleh dianggap kepala masam gak, ataupun orang jepun panggil otai la. Pepapun yang grup kita nak buat, aku juga yang diorang referkan. Sampaikan betik jenis apa yang kita nak curi arik tu pun diorang refer kat aku.

Aku tak sesiakan kepercayaan diorang kat aku. Aku plan pelbagai kursus ala ala BTN gitu. Dalam kursus wajib hadir tuh, perkara pokok yang aku tekankan bukan saja pokok kelapa jenis apa yang sedap dicuri, tapi peri pentingnya wala' pada otai. Modul modul BTN sekarang ni sebijik diorang tiru aku. Aku tak kisah sangat soal ada orang ciplak modul aku ke BTN sana. Tapi hasilnya amat mengkagumkan.

Tak banyak yang bebudak tu dapat dari berkawad pepagi hari, permainan permainan bina minda yang aku terapkan tuh. Tapi, hasil dari penceramah penceramah undangan aku termasuk lah ceramah aku yang berapi api tentang sejarah kampung aku banyak membantu peserta membina jati diri, patriotik pada grup kami dan yang penting wala' pada otai.

Bayangkan Man kering, sorang dari penceramah tetap aku. Ceramah ceramahnya penuh ngan semangat grup dan sekaligus menaikkan kesedaran diri peserta. Barulah depa tau, bahawa kampung ni dan sungai tepi rel ketapi tu kita yang punya. Kita patut pertahankan dengan apa cara sekalipun, jangan bagi sesapa pun yang ceroboh dan gunakan dam yang kita bina teruk sangat tuh.

Ceramah Akob pulak berkisar pasai dua tiga kerat mamat pendatang yang cuba tunjuk terer ditempat ngaji. Dah tu cuba ngorat anak tok guru kami pulak tuh. Bestnya Akob ni, merangkap orang kanan aku, dia tak letak terang terang la, anak tok guru ngaji tu syok kat aku.

Yang bestnya, kesan dari kursus tikam tubi kami pada grup, wala'nya terkesan sampai ari ni. Ada satu mamat tu baru je sms aku, tanyakan lastiknya dah boleh digantungkan ke tidak... heh.. heh..

Megahnya aku jadi otai camni..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...