jangan follow rapat sangat

Wednesday, December 16, 2009

Man U tak sehebat Malaysia

Manchester belasah Wolves 3-0.

Dengan kemenangan ini meletakkan Man U sama mata ngan Chelsea. Sekaligus memberi tekanan tahap gaban terhadap Chelsea. Sama mata tapi Chelsea kelihatan selesa dengan 16 game berbanding ngan Man U dah 17 game setakat ini. Tekanan Man U pasti membuatkan Chelsea bertungkus lumus pecah otak macamana nak adakan juga "Sultan bola" ala Malaysia dan pastikan team depa stay teratas liga. Beruntungnya Malaysia kerana dah ada pun "Sultan bola" yang perihatin dan pandai.

Lihat saja kesebelasan team Malaysia.
Sama sama sebelas orang beb. Man U sebelas orang gak lawan Wolves, hanya menang 3-0. Tapi Malaysia team telah menewaskan Timor Leste 11-0 juga ngan sebelas pemain. Memang tak patut la kalau refferri ngan "Sultan bola" pun main sama.

Man U main tempat sendiri tuh. Jangan lupa, Malaysia pi mengembara jauh ditempat lawan beb. Itulah tandanya kehebatan Malaysia. Mutu bolasepak Malaysia dah tahap dunia beb. Sistem pengurusan bolasepak Malaysia gak bermutu dunia, dengan berkat pimpinan "Sultan bola".


PEMAIN Manchester United, Wayne Rooney (tengah) meraikan jaringan dengan rakan sepasukan, Ritchie De Laet dalam Liga Perdana Inggeris. Manchester United menewaskan Wolverhampton Wanderers 3-0 di Old Trafford, awal pagi tadi, sekali gus berkongsi mata dengan pendahulu liga, Chelsea. - Foto Reuters

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...