jangan follow rapat sangat

Wednesday, December 30, 2009

Kerana lembu tersesat kandang

Semalam aku luangkan sedikit masa berziarah kerumah sedara.

Lama tak bertanya kabar, tetiba je diterjah ngan berita buruk yang menimpa dirinya. Masakan insan yang aku kenali sebagai yang paling murah ngan senyum ni tetiba jer dihenyak kawan. Setiba aku dihalaman, terlihat kelibat dirinya mundar mandir di ruang tamu. Lega sikit. Sedari tadi lamunan aku kabarkan sekurang kurangnya dia makan bubur nasi dan terlantar di perbaringan tuh.

Masih tak masuk dik akal. Kerana seekor lembu yang tersesat kandang, hamba Allah ni tiga kali di pukul ngan botol kaca dan cedera dikepala. Rasa tak sepadan ngan apa yang dialaminya, dibandingkan dengan saiz badannya yang ala ala tahanan ISA Amerika di Guantanamo.

Masyarakt kita sudah lama hilang sikap bertimbang rasa rupanya. Masyarakat kita sudah hilang sifat berbaik sesama jiran apatah lagi seagama. Masyarakat kita kian alpa adanya kaedah musyawarah. Kenapa masih mau diikut petunjuk syaitan. Mengapa memaksa diri mengikut amarah kekononnya berdarah panglima.

Syukur jua, aku masih lagi boleh bersapa dengan sedara yang sorang ni. Masih dipanjangkan umurnya menyaksi dunia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...