jangan follow rapat sangat

Tuesday, October 20, 2009

Punah ego aku III

Aku angkat tangan tinggikan suara.

"Dik gerak sini, menu, menu..

Terketaq ketaq budak tu bawakan buku menu.. kuat sangat ka suara aku.. heh.. heh.. biasak lah, bebudak baru belajar bawa sikat dalam poket..

"Kasik satu set roti sorai kuah daging, minum Milo O"
Aku order dulu, harap harap diaorang tak order yang lebih mahal.. hihi.. Strategi aku menjadi, ordernya memang tak mahal tapi...

Si Lani yang agak memalu order 2 set capati berkuah dal, Milo O tapi gelas punya. Nas pulak yang tak kurang pemalunya order 4 set roti sorai berkuah ayam ngan fres oren panas, nak sepadan ngan badan katanya sengeh sengeh. Aku mampu menahan air liur dari meleleh dengan menelan kasar melepasi kerongkong.

Ahh.. hati ikhlas aku membujuk. Apalah sangat duit jika nak dibandingkan nilai teman sejati, walau aku tau ada 5 keping not 5 ringgit je ngan 2 keping syilling 20 sen dalam dompet. Malaih nak sentuh duit juta juta dalam bank tuh.

Sembang kami tak lama. Tapi banyak isu semasa yang digebangkan selama lebih 5 jam itu. Dari pelancaran roket oleh Iran, cita cita mewujudkan satu lagi Noordin Mat Top di Indon, pemanasan global dan kesannya terhadap Genting Highland, sehinggalah kenapa capati jadik keras macam kulit kayu bila sejuk.

Pertemuan dahsyat meja pelastik tu berakhir jua. Itupun setelah kali ke 5 tokey kedai tu berdehem kuat.. nasib baik la badannya agak besar..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...