jangan follow rapat sangat

Saturday, October 24, 2009

Chiss bedebah


Semasa berkereta ketempat kerja pagi tadi, aku sempat menikmati keindahan alam yang aman damai, diselang kicauan burung pagi. Itik berenang renang seolah melambai. Serasa perjalanan aku sejuk je membelah jalan.

Setiba aku disimpang berhadapan sekolah, tetiba aku dikejutkan oleh ngauman lori berkepala merah. Nasib baik sempat brek. Sempat juga aku memaki makinya seikhlas hati sambil menunjukkan jari tengah aku pada kelendannya yang tersengih. Namun, aku masih cool dan mesra. Ternyata lori kepala merah itu gagal menurunkan pecutan kereta aku membelah jalan.

Tetapi kesabaran hari Jumaat aku dicabar lagi malah lebih hebat. Sebuah kancil dengan kurang ajarnya mencilok dengan dahsyat memotong aku. Ketepi ketengah tanpa menghirau ayam itik ditepi jalan. Pemandu kurang ajar camni perlu dicukupkan ajarannya, bisikku.

Ternyata dia telah cabar silap orang. Aku folow rapat biar dia susah nak bernafas.

Setiba disimpang berhadapan ngan balai polis, tetiba dia bagi satu brek imerjensi. Aku yang tengah melayan facebook tergamam, brek aku pun macam tak ketahuan. Bunyi hentaman dah tak dapat dielakkan.

Dia menjengah keluar bagai pinta simpati, tapi aku rasa macam nak kasi kaki. Tengok kereta modifai gila, ekzos lanjut tapi nak keluar simpang terkemut kemut. Bangla kayuh beskal pun kau dah imerjensi? Chiss.. bedebah punya racer..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...