jangan follow rapat sangat

Thursday, December 17, 2009

Malaysia: Sengih sampai lenguh

Ya lah, ya lah... Malaysia dah menang pingat emas Sukan SEA... Syukur alhamdulillah la, tamatnya penantian kita selama 20 tahun kemarau emas...

Ok la, ok la... kena akui gak inilah sumbangan terbesar "sultan bola" gamaknya.

Kesebalasan bawah 23 tahun Malaysia telah berjaya menewaskan Vietnam 1-0 hasil dari gol sedekah sempena Maal Hijrah pemain lawan Mai Xuan Hop pada minit ke 84 permainan. Pastinya disebalik sengih Malaysia sampai lenguh lenguh, pemain Vietnam itu telah dibanjiri dengan ludah dan seranah. Dengar ceritanya, pemain itu akan disiasat hingga kemalam oleh SPRM versi Vietnam apabila pulang ke negara asalnya nanti.

Setiap satu akan disiasat rapi termasuk lah stoking baru dan key chain..

Aku dah bagitau depa tadi, Malaysia tak main la rasuah bolasepak nih. Dah member baik nak sedekah satu gol, salah ka?


BERAKHIRNYA PENANTIAN 20 TAHUN ... Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kemenangan selepas menumpaskan Vietnam dalam perlawanan akhir sempena Sukan SEA Ke-25 di Stadium Utama di sini, hari ini. Malaysia memenangi pingat emas selepas mengalahkan Vietnam 1-0. --foto BERNAMA

1 comment:

Unknown said...

Hati hati kerana ada hati hati yang cedera.. ngeee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...